Sejarah

SJK(T) Subramaniya Barathee telah dibina pada tahun 1952 oleh jawatankuasa pentadbiran Kuil Sri Veerama Kaliamman Devasthanam, Gelugor, Pulau Pinang. Nama sekolah diberi sempena memperingati saterawan ulung Taml iaitu Subramaniya Barathiyar. Pada awalnya, sekolah ini merupakan pentas kepunyaan kuil tersebut. Pada masa itu, tapak bangunan sekolah dimiliki oleh Koperasi Serbaguna Gelugor, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah beraliran Bahasa Tamil yang terletak di kawasan Parlimen Bayan Baru.